Friday 9 September 2016

Buah Tunjuk Langit



PETIKAN HARIAN METRO MENGENAI BUAH TUNJUK LANGIT
Tunjuk Langit Ubat Diabetes
Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit,antaranya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga mampu membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini yang juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.
Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.
Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga dinasihatkan mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan atau minuman sesuka hati tanpa kawalan.
RAHSIA TUNJUK LANGIT UNTUK KESIHATAN SEMULAJADI DAN INSYAALLAH MEMBANTU BELBAGAI PENYAKIT :
– Melancar perederan darah
– Kencing Manis
– Darah Tinggi
– Gout / sendi
– Kolestrol tinggi
– Migrain / sakit kepala
– Strok peringkat awal
– Menguatkan perut, jantung, paru-paru, hati dan limpa
– Sembelit, masalah sistem penghadaman
– Menghidupkan kembali sel-sel
– Senggugut / Haid Tak Lancar
– Masalah Ereksi / mati pucuk
– Kebas
– Angin / sakit urat
– Kencing Kotor
– Anti-penuaan / Ejen Kecantikan
– Kulit sensitif, jerawat dan lepuh
__________________
*** 1 botol buah tunjuk langit RM9 ***